Monday, February 21, 2011

time kasih en salmi!

harini sy resah je! thanks to mr salmi! dia bnyk nasihat sy! solat diawal waktu!
harini dia emel sy ni..so ade sket ksedaran dihati sy!
moge2 sy cepat hafal mende ni!









Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt. hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara

2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu

Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
 

Amalkan ayat seribu dinar sebanyak 3 kali selepas sembahyang fardu-juga untuk murah rezeki dan selesai hutang-hutang lama.

Fadhilat lain Ayat Seribu Dinar
1. Membacanya boleh memurahkan rezeki.

2. Membacanya sebanyak 70 kali beserta selawat ke atas Nabi membolehkan seseorang itu dipenuhi hajatnya, Insya-Allah.

3. Mengamalkan pembacaan ayat ini memudahkan urusan kehidupan seharian pembacanya.

4. Jika menjalankan perniagaan, membacanya boleh melariskan perniagaan.


sedikit selingan.....
SenyuM MembawA SatU KeindahaN..................... 

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah,salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." 
 

No comments: